Saya singgah di sebuah kedai dengan niat mahu membeli surat khabar. Tiada pula surat khabar yang saya mahu, saya ambil satu yang berbahasa melayu asalkan bukan tabloid dan menuju ke kaunter pembayaran.
Seorang
kakak bertanya yang beratur seperti saya kepada penjaga kaunter, "rak buku
atau majalah ada tak?"
Penjaga
kaunter menunjuk ke pintu masuk kedai.
"Ini
surat khabar. Majalah ada?" Kakak itu membalas.
Penjaga
kaunter tersipu malu, "oh, kedai ini tiada menjual majalah, hanya surat
khabar sahaja." Kakak
yang bertanya tadi hanya mengangguk dan membayar. Sekilas dia berpaling ke
belakang, melihat seisi ruang kedai. Barangnya banyak dan variasi. Cukup untuk
para ibu membeli semua barang rumah.
Saya
turut memandang. Benar, hanya rak buku yang tiada.
"Sebuah
rak buku menjual majalah mungkin akan mencantikkan kedai ini. Warga merdeka 60
tahun perlukan buku sebagai keperluan harian." Kata saya dalam hati.