11/14/2009

kita sepersis NObiTa?

Tags

sempat menulis entry merupakan sesuatu yang saya amat syukuri. Sejak saya tulis ini, tinggal lagi dua kertas lagi, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Bahasa Arab tinggi. Sigh..Penat sekali #SPM.

Doa-doakan hendaknya saya selamat dan dipermudahkan^^.

***

Jarang sekali saya nonton Doreamon, kerana waktu yg membataskan. lagi, kerna waktunya ketika maghrib dan rasa zalim lak pada diri kalau mengelak daripada ke musholla hanya semata-mata mau nonton Doraemon. Tipulah anda kalau anda tidak nonton.


ADA APA DENGAN NOBITA



suka saya mengingatkan kepada mereka yang syadid yang marah kenapa saya memilih nobita dan bukan AlBanna dalam entry kalini. Hatta, zionis sendiripun ada hikmah yg boleh kita kongsi, apatah lagi nobita. biarlah saya.

Nobita punyai kerakter yang begitu menjelikkan, tidak matang dan gemar bertaqlid. buta pula taqlidnya. Tiadalah lain sikapnya selain gemar merajuk meminta Doraemon memberikan sama dengan sunyio. Alahai, bagi Nobita itulah konsep adil baginya. Semua orang perlu samalah hendaknya. Kalau Sunyio punyai kereta kawalan jauh baharu, Nobita cemburu dan lansung minta juga.

Begitulah berlansung hari-hari Nobita. Boleh kata inilah pokok cerita ini^^


Entry yang lama tersimpan ini ringkas sahaja, sudah lama tak mengetuk-negetuk, rindu pula.

Cerita Nobita sering dengan zaman kita, zaman remaja yang hidup dalam dunia yang semakin nampak tanda penuaannya. Zaman remajanya yang amat lemah dan gemar bertaqlid. Parah lagi, dalam segenap kehidupan kita ini gemar sangat ikut-ikut. Lansung tiada pegangan. Sama saja dengan Nobita, yang dia mahu hanya setaraf dengan orang lain. Itu sahaja. Sepanjang hidup dia, itulah sahaja yang diimpikan. Lemah bukan?


Ijtihad wala taksal, fannadamah uqba leman yatakasal


sesungguhnya berjayalah orang yang beriman yang menjaga waktu kosongnya^^





Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

2 komentar

Betol3..skong 200%..
Ade ustaz ckp,katun doremon neyh mlawan takdir Allah swt..
Sbb pew yg dihjti grenti trcapai..
pew yg di mintak sumer termakbul..
Yg prob nyer,bkn mntk kat Allah..
xderk usaha lngsong tapi dpt bnde yg dier nak..

Yg pling nyampah,bile sye hebohkan prkara neyh,ramai yg ckp,
"Alar,nme pown katun..nak heran hape??"

xheran suda..asal jgn didik ank2 korang cam nobita suda..manje xbertempat..yer tak?? :D