6/20/2009

SENYuM

Tags


no picture

kira-kira sudah 4 tahun rasanya Hatem meneruskan rutin jumaatnya .. solat jumaatnya dilalui dengan menaiki bas pada awal pkl 12 dan solat di masjid dan lansung pulang ke sekolah pkl setengah jam lagi ke 3. tidak bosan kerana tidak perasan sudah 4 tahun dan tak pula terasa ingin perasan. biar je berlalu...

...area pkl 2.15...

memandang kanak-kanak sekolah dalam bas, Hatem bersepoi-sepoi bahasa bersorangan memikir sesuatu kat msjd tadi. Kalau orang melihat Hatem sedemikian, pasti ganjil semacam. Sebab Hatem sorang-sorang senyum di tepi tingkap.

kerna apa?
kerna Hatem melihat seorang tua berjanggut sedang i'tikaf dalam masjid. berapa banyak peratus dia akan jadi seperti lelaki berjanggut itu yang lagak perinya seperti tabligh?. putih dan serabai janggutnya. mungknkah itu dirinya 40 tahun yang mendatang?

kerna mungkin satu hari nanti, dia terjadi individu yang kemas memakai kot, bersih penampilan dan lain-lain ciri2 orang yang berada. TAPI masih lagi i'tikaf di situ. Hatem yang memakai kot atau Hatem bercirikan tabligh, jenis yang mana yg akan duduk beri'tikaf di situ?


want to advertise here?



dan memang menjadi cita-cita Hatem untuk memiliki sebuah kereta yg puas dinaiki tetapi masih lagi berguna utk ramai orang. kereta besar dan bermanfaat!. indah nian kalau kereta BMW yg smat diduduki oleh mereka yg berkopiah sedang menuju ke masjid. apa salahnya?

Atau .. apakah?
takdir Hatem bukanlah dengan kereta yg mewah tapi bersama dengan anak-anak kecil yg dahagakan ilmu bertempat di ceruk mana disabah sarawak. pergi balik hanya dengan sampan yang tidak terurus. ayat mudahnya, bukanlah gaya dan penampilan menjadi keutamaan di sabah sarawak. kontra sekali dengan BMW. hidup dalam keadaan yg sedikit mewah ataupun menetap di tempat yg mana memerlukan sedikit daya juang dan sedikit rasa susah utk kerja.

ini pun Hatem tergelak~~

...bermacam kemungkinan yang tak sempat Hatem gelak dalam bas. Tapi, sanggupkah dia menerima hakikat bahawa jika suatu hari nanti, gerak kerjanya bukan lah sesuatu yg terlintas di mindanya.? Menjadi penulis mungkin, guru, seorang hartawan, penggunting rambut atau sbginya.

yg penting Hatem tetap terus dalam jalannya! ameen!


image cannot open!



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

5 komentar

bukan senang nak jd org yang tetiba gelak tanpa sebab..buka senang nak j rg yang tetiba nangis tanpa sebab..bukan senang nak jd org yang berperasaan begitu dan begini tanpa sebab..dan bila kita jd org yang berperasaan sebegitu kerana BERFIKIR..maka bersyukur..semoga kita terus berfikir..lawak gak r citer nie

loh .. anta fikir smpi terlelap~ yg t lain

saya pernah naek bmw.rasanya tidak lah berbeza ngan kancil..

buknlah impian utk naik BMW satu hari nnti .. tp kalo dpt, minta dipermudahkan :)

memanglah tak berbeza sebab kancil pun kereta jugak