7/19/2009

pengajaran dari kesimpulan

Tags


credit for those..


"saya wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar sesi 08/09 mengucapkan semasyhur terima kasih kepada muallim dan muallimah yg banyak membantu kami dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin utk sekolah ini. Dan tidak lupa kepada semua pelajar sekolah menengah SRI Al-Amin Bangi dari senir-senir hingga ke junior banin banat dalam memberikan kerjasama yg terbaik dan moga bersama kita membantu Majlis perwakilan pelajar yg baharu utk kebaikan kita bersama juga."
- Abd Salam Ali badri-

***

"so sekarang da akhir bulan rejab"

dia sebagai ketua nuqaba' mencanangkan sesuatu di depan para nuqaba' mengenai bulan rejab dan sya'aban. Dua purnama sebelum tibanya satu purnama yg indah dan hebat sekali. ramadhan yg istimewa. balighna ila ramadhan.

"rejab adalah seperti pahlawan yang mengasah pedang, sya'aban adalah waktu pahlawan utk menunggang kudanya. Ramadhan adalah medan utk menghunus, medan kemuncak aksi."

"andai pahlawan itu tidak mengatur strategi 2 purnama awal, termungkin dia akan tidak sehebat pahlawan yang lain"

"mahukah anda tercicir dari menjadi mereka yg hebat dalam medan kemuncak? bersiagalah anda seawalanya"

haibat sekali, ucapan membakar untuk membakar semangat para nuqaba' utk siaga lebih awal untuk perisapan awal daripada sugul tercicir di bulan ramadhan yang mulia.balighna ila ramadhan.

bait-bait ucapan membakar oleh dia didengar satu-satu oleh pemilik telinga. Hatem. Biasalah tu kalau-kalau menghampiri Ramadhan yg tersangat hebat istimewanya. Jujur Hatem tidak sabar menunggu datanganya ramadhan. balighna ila ramadhan!

***

Amatlah rugi kalau begini sekali lagi Hatem mengambil i'tibar yang sama bagi tazkirah sebegini. kejarlah ganjaran di bulan ramadhan dan rintislah ia bermula sedari sekarang. benar dan inilah sepatutnya ambilan bagi mereka yang mendengar.

tp entah mana datangnya ilham baharu Hatem, seenaknya kesimpulan akhir bagi tazkirah oleh dia adalah,

beramalah anda di setiap purnama. ramadhan adalah sebagai pemangkin. tidak lebih dari itu

*bagi Hatem, bait-bait tersembunyi itu mengajak dia untuk perlu belajar mencari pengajaran yang sebenar daripada penyampaian yang didapati. YANG SEBENARNYA.

Insyaalah .wallahua'alam

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.