11/07/2009

IMTIHAN

Tags




kini semuanya sudah memuncak, kuda sudah dipacu laju, para lashkar sudah sedia di batasan, keris kini sudah silau siap ditajamkan, dan perisai sudah berjumpa tuannya. TIADA LAGI yg terlintas selain ingin pantas memacu kapan waktu menjelma, terus berlari kapan arahan diberi, lansung menusuk saat musuh di hadapan.

TIADALAH ingin kita tipu perasaan di hati selain gerun jualah di hati ini. berkecamuk jualah kita persis cuka cumanya tidaklah nampak. Begitulah jika mau diperi saat ini. Perasaan ini. Ramai lagilah yang sama juga.

Dan saat inilah juga, saya yang andai terkasar bahasa, terguris mungkin, salah itu dan ini harap dimaafkan sejelas-jelasnya kerana tiadalah sebab lain selain berkat ilmulah juga.

mohon DOA yang banyak daripada anda dan kita, harap kita dapat yang terbaik daripada DIA dan dipermudahkan segalanya!


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

6 komentar

Pernah merasai situasi sebegini.. x beberapa lame dulu.. jadi, masih segar dlm ingatan..

Semoga najah fil imtihan!

moga beroleh natijah terbaek
ameen :)

salam..dah hbs imtihan nt, aktifkan semula blog ye...=)..pantas dan terus pantas dalam dakwah..semoga berjaya dunia wa akhirah..amin

Insyaalah .. ide post sudah ada cuma belum mampir dalam tulisan.

doakan saya ^^