10/08/2009

mari faham

Tags

menjadi cute bukan menjadi satu alasan
Dengan jangkauan masa lebih kurang 50 hari untuk SPM .. acap kali budak tu tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Tentu sekali alasannya semalam saya overnight. Mahupun, tolib sekelasnya memang tidak kesah dengan budak itu. Biarlah dia, ahsanu dia tersengguk-sengguk menahan ngantuk dengan modus operandinya study. Daripada tersengguk sebab berpeleset, membuang masa di malam hari.
Bukanlah kita ingin menabur fitnah dalam ceritera ini, tapi memang budak itu mencari nahas kerana tersengguk-sengguk dalam kelas Biology. Khabarkan kepada seantero sekolah tentang kelas biology, pasti ramai yang terbulat mata, tersenyum kambing malah ada yang mengaku dirinya bukan budak biology. hissh
kita tidak berani mengomong fitnah, mengarut cerita, mengadu domba kerana perbuatan itu semua diiktiraf sebagai laknat disisi tuhan. Tapi ijinkan kita untuk perikan cerita tentang kelas biologi. Kelas budak yang tersengguk-segguk tadi ;
sikit sahaja mahu diperikan. Kelas ini sukar diterima kehadirannya kerana murobbinya kerap mengkritik. adapun sekadar pengumuman, kritik itu bagus!. selalu juga kita ditegur, kawan-kawan kita lagi lah dikritik. Boleh jadi yang paling tidak gemar kapan dipanjangkan kritik itu. baru tersengguk-sengguk dalam kelas udah diribut-ribut tropikal persis yang melanda filipana.
aiwah, kembali kepada budak yang tersengguk-sengguk itu... belumpun kita sambung cerita, budak itu sudah dimulut oleh murobbi. dimulut macam biasa.
senario biasa, kapan sudah dimulut pasti banyak mulut-mulut lain yang muncul yang banyaknya tidak kurang tidak lebih cendawan lepas hujan. mulat-mulut kotor yang mengumpat murobbi. berani sungguh mereka ini! budak yang tersengguk-sengguk itu pun redha, mereka ini yang lagi menokok membusuk keadaan. kita memang tidak senang dengan kondisi ini.
kita tulis bukan untuk meneguk di air yang keruh. kita tulis untuk mengizharkan mana yang lopong, mencerahkan mana yang suram. Biarlah kita khabarkan asbab murobbi gemar perilaku begitu. Adapun bukanlah kerana murobbi itu wanita yang terumbang-ambing emosinya walaupun itulah yang sering mulut-mulut itu pot pet pot pet.
cantik lagi kalau kita sambung lain masa lain kali sahaja...

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

1 komentar so far

manusia memang suka cari alasan menyalahkan orng walaupun alasan sbnr pd diri die.