9/09/2012

Terima kasih semua



'sepakat membawa berkat' 


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada IKRAM dan semua ahlinya. Kerana dengan usaha gigih dan kreatif mereka yang berpanjangan, term-term seperti 'bulatan gembira' dapat diterima masyarakat dengan baik. Dengan itu, dapatlah masyarakat biasa faham akan apa itu usrah dan membuatkan mereka ingin untuk sama menyertai usrah. syabas saya ucapkan.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan syukran jazilan atas usaha pakcik-pakcik TABLIGH dalam menyampaikan dakwah mereka pada 80 dan 90-an di malaysia dahulu. Tanpa mengenal erti malu, mereka mengajak umat untuk mempraktikkan sunnah, meninggalkan mungkar serta mengajak mereka ke masjid. Usaha proaktif ini dilakukan ketika umat berbondong-bondong larut dalam jahiliyyah. Namun mereka tetap tegar berdakwah hingga ke pelusuk jauhnya.

PAS hadir untuk menyelesaikan kekalutan politik ketika itu. Mereka tampil untuk menyimbangkan UMNO yang ketika itu kurang membawa mesej islam. Kita seharusnya berterima kasih dengan PAS kerana jika tiada mereka, tiadalah satu kuasa penolak yang menyeimbangankan politik Malaysia dulu dan sekarang.

HALUAN pula tampil dengan jalan mereka sendiri. Manakala ABIM dengan semangat mereka. Merekalah yang menggerakkan mahasiswa satu ketika dahulu ketika ramai mahasiswa dahulu sepi tanpa berbuat apa-apa.

Antara yang memberi kesan juga adalah gerak ARQAM. Dari sekolah, klinik, semuanya milik mereka. Paling memberi kesan setakat ini.

semua ada kerja masing-masing dan semuanya berbeza cara masing-masing. Semua ada cara memajukan islam dengan cara masing-masing. Di sinilah rahmatnya khilaf dan di sinilah perlunya menghormati orang lain.

Kerana anda semua, saya masih muslim. Terima kasih semua!


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.