selamat merdeka yang ke-55! jom terbang |
Kamal memandang sangar burung di
hadapannya. Besar dan mantap. Ada bau hancing namun semuanya diketepikan. Walau
sangkar tersebut dibersihkan hari-hari, namun ada juga tahi burung yang
bersepah di lantai sangkar, tidak juga dia endahkan. Di hadapan sangkar, dia dibawa jauh ke zaman
dahulu, zaman bodoh dia merasakan burunglah yang paling merdeka bukan manusia.
“saya nak jadi ikan cikgu! Boleh tak boleh tak?” kamal menjerit ke arah cikgunya. Tekejut cikgu anis dibuatnya.
“saya nak jadi ikan cikgu! Boleh tak boleh tak?” kamal menjerit ke arah cikgunya. Tekejut cikgu anis dibuatnya.
“kenapa?”
“sebab macam best, boleh berenang
pergi mana-mana…” kamal senyum. dahulunya budak gemuk bermata bulat dan sangat
tembam. Bila menggedik seperti ini memang menjelaskan seri tembamynya.
“hmm.. tapi ikan emas kat rumah awak tak boleh pergi mana-mana pun? Apa yang bestnya? ” cikgu anis kembali mempersoalkan.
“hmm.. tapi ikan emas kat rumah awak tak boleh pergi mana-mana pun? Apa yang bestnya? ” cikgu anis kembali mempersoalkan.
“betul juga kan cikgu.. “
mereka berdua senyap sebentar. Jalan pulang ke rumah agak lengang pada petang itu. Walaupun ada kenderaan, cikgu anis tetap mahu menemani kamal pulang ke rumah. Bersembang-sembang santai. Budak-budak jika dilayan begini akan membantu hubungan, malah melatih daya fikir. Gemuk di pipi tidak bermakna jika tidak gemuk mindanya.
mereka berdua senyap sebentar. Jalan pulang ke rumah agak lengang pada petang itu. Walaupun ada kenderaan, cikgu anis tetap mahu menemani kamal pulang ke rumah. Bersembang-sembang santai. Budak-budak jika dilayan begini akan membantu hubungan, malah melatih daya fikir. Gemuk di pipi tidak bermakna jika tidak gemuk mindanya.
“ha, itu kucing.. kamal nak jadi
kucing la. Boleh lari mana-mana! Semua tak boleh halang kamal nak pergi
mana-mana!” kamal bercakap dengan penuh semangat. Tetapi tetap comel.
Cikgu anis bermain dagu, berlakon seolah
rumit berfikir . “ ok. Kalau macam tu, kucing kat rumah cikgu, dia duduk rumah
je. Tak pergi mana-mana pun”
“alah cikgu! Semuanya pun tak boleh!
Suka hati kamal lah kamal nak jadi apa!” kamal mengembungkan pipi yang memang
sudah kembung. Tanda marah.
Cikgu anis tiba-tiba duduk sama
tinggi dengan kamal. Dia tersenyum kepada kamal yang masih lagi marah
kepadanya. Kamal berpaling.
“kamal nak tahu siapa yang paling
bebas dalam dunia?”
Kamal masih merajuk. Seperti tidak
endah sahaja soalan cikgu anis. Tiba-tiba cikgu anis menunjuk ke arah kamal,
“paling bebas dan merdeka dalam
dunia di sebenarnya adalah awak kamal. Bukan kucing, bukan ikan emas.. awak
yang paling bebas dalam dunia ni!”
Kamal yang tadi merajuk, kini
menumpu ke cikgunya yang tiba-tiba semangat. Kalam hebat seperti ada kuasa
masuk dalam diri.
“Awak boleh pergi mana-mana, awak
nak jadi apa, awak nak buat apa.. semua awak boleh buat. Jangan letak tembok
depan awak. Jangan pandang macam ikan emas dalam balang. Ada banyak lagi yang
awak perlu kejar, kat luar, kat sana tu!” cikgu anis bangun melemparkan tangannya ke
langit. Gaya bebas tidak terkira.
“seluas-luasnya! Tiada penghalang!” seolah
paling bebas. Macam itulah gayanya.
Kamal mengikut sekali semangat
cikgunya. Mengangguk-angguk dan turut sama memandang ke atas melihat langit
yang luas dan bebar. Kamal perasan sesuatu yang terbang di awan sana.
“emm cikgu.. cikgu.. burung tu macam
best je terbang sana sini? Tak kena tangkap mana-mana pun?”
“satu hari nanti, awak mesti tankap
burung tu dan buktikan awak lebih hebat, bebas dan merdeka dari burung tu. Mesti janji dengan cikgu tau..”
Ah, kamal tersenyum sambil memandang
seekor burung yang dia syak persis burung yang dahulu itu.
seorang pegawai menghampiri dia. “datuk,
datuk.. “ . kamal hanya membalas dengan anggukan.
“pelancaran petang ini semuanya
sudah siap. Tiada masalah datuk. Anggaran 3000 orang akan datang melawat petang
ini”
Datuk Kamal safi bin mokhtar.
Digelar datuk kerana idea zoo terbesar di asia. Siapa prasana moden yang
lengkap dan tiada tanding di peringkat dunia. Kalau dibanding sekarang, memang
dia lebih bebas dari burung-burung ini.
Manusia itu sifatnya memang tiada
yang boleh halang. Fikirannya tiada yang boleh sekat, hidupnya tiada batas. Cita-citanya
gila dan ideanya terjangkau bebasnya.
Akidah sahaja yang menjadi tuan
kepada kebebasan kita. Menjadi hamba yang merdeka itulah tujuan kita.
1 komentar so far
salam sahabat kerana Allah..bila terkenang2 kan masa kecik2 dulu..macam2 cita2 nak jd..gurulah..polislah..pensyarahlah..hehe..bila kita da besar baru kita faham apa itu cita2..kebebasan bukn smua org boleh perolehi..apa yang kita rancang xsemestinya kita dpt..Allah saja yang tahu..-nice blog..interesting and cool entry-..:-)