4/20/2011

ta untuk tuhan

Tags


cha untuk comel, cha juga untuk cinta


"semalam baru sahaja pengetua cakap jangan nakal, dengar cakap guru betul-betul... harini kamu semua da nakal balik"

melangu budak-budak kena marah dengan penyelia KAFA. Dalam sembang, guru-guru melebarkan pandangan ke setiap penjuru budak-budak ni, mencari kesalahan. masa lewat sudah, solatnya belum lagi.

"kamu ni.. kalau teruskan perangai nakal kamu macam ni, kita bubar je la KAFA!

saya sekadar menghembus nafas, tahu sekadar main-main. dan tahu menyentap budak-budak ini.

merasakan bebel ustazah akan menjadi lewat dan panjang, saya mengambil kerusi dan duduk dekat dengan sof budak-budak ni. Dalam situasi begini, saya pula yang melangu kerana ustazah berjaya menyentap fokus budak-budak dengan 'bubar' tadi.

seorang budak pandang ke arah saya. dan saya membalasnya. meski gelapnya kulitnya, tapi comel tak tahan.

"hi hi, ustaz.. bubar tu apa?"

pastinya saya senyum sambil membalas jawapan budak itu. tak ingat apa yang saya balas dan tak tahulah dia faham atau tidak.

"mulai sekarang kamu mesti berubah!" ustazah menyambung amanatnya dalam keadaan saya tergelak. masih terasa lawak budak tadi.

sementara ustazah memilih sang muazzin, bertanyalah saya akan budak itu.

"awak faham ke tidak ustazah suruh apa?" cikgu pun ditektif juga kadang-kadang, menyiasat budak. mungkin juga penyelam yang perlu menyelami budak-budak ni.

"hi hi.."

"kenapa gelak?"

"faham sikit je ustaz..."

gelak mengakhiri jua.


masih belajar memahami dan memahamkan orang, budak-budak, masyarakat dan dunia. fahami dulu baru fahamkan. kalau tidak susah nanti.

memahamkan budak bawah huruf ta itu untuk tuhan, Aa untuk Allah dan u untuk usaha. *teruslah maju hai guru-guru

saya harap budak itu akan faham dan paling penting anda juga faham.

faham kah?




Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

1 komentar so far

sbar la ye ustaz..ajar bdk2 mmg menarik kan