7/17/2010

Ramai orang. ramai cerita






Hatem usai menyempurnakan whudu' utk sholat asar. Dirempuh renyai-renyai hujan utk tiba ke dewan musholla. Sedikit basah Hatem. Tiadalah mau untuk diperikan suasana ketika itu. Cukup sekadar renyai-renyai hujan menyempurnakan hal dan suasana masjid ketika itu.


Hamdallah.



Syukur ada seorang pakcik yang sama tertinggal jamaah. Sungguhnya, ada maqam yang berlainan antara mereka yang selepas adzan terus sholat jemaah ataupun mereka yg masih jemaah tapi udah jam 6 baru mulai sholat.

Hatem pernah terbaca tentang seorang sosok yang tegar berjemaah dalam solat lima waktu tanpa pernah meninggalkan barang sekali untuk jemaah dalam jangka masa 60 tahun. Haibat sekali sosok itu.


"Salamullah a'alikum Pakcik!"

"wassalam nak!"

"ni .. udah usai sholatnya ga?

"belum lagi .. pakcik nak sekali berjamaah. Hah! kamu seperti belum sholat lg. ayoh orang muda, sepatutnya kamu kehadapan. Imam kan pakcik ya!"


Tiadalah Hatem endahkan kata-kata pakcik itu, lansung sahaja dia menjadi imam sholat asar petang itu. Tiadalah juga dipeduli renyai di luar. Dapat jamaah dalam sholat itu, dianugerahi dengan saadah. Sukar sekali syaiton mahu menerobos.


Habis dirikan sholat. Pakcik dan Hatem dzikir sendiri-sendiri, melayan keseronokan dan keenakan berdzikir dalam renyai hujan. Sungguhnya, apabila merasai kekhusyukan sholat, akan merasai satu tali yang kuat antara kita dan Allah. Ah! mereka amat khusyuk sekali.


Kadang-kadang terangkat kepala, kekiri malah kekanan. Terbuka mata dan tertutup mata. Mendengus sikit-sikit alamat menginsafi diri. Ini reaksi biasa bagi mereka yang khusyuk. Hatem melayan dengan cara Hatem sendiri. Pakcik yang makmum Hatem lebih bereaksi nampaknya.


Hatem sudah habis berdzikir. Bersila memandang pakcik yang belum habis berdzikir. Mau pulang sebenarnya, tapi hujan yang tadi renyai kini lebat. Mungkin tidak diizin. Mungkin ada ibrah disebalik renyai.


Oh! bukan renyai malah lebat, rahmat sebenarnya. lebih murni panggilannya.



"nak bukan orang sini kan?"


"Iya. saya orang Kuala Lumpur. musafir kerana mau majukan diri. pakcik?"


"dulu-dulu, pernah jadi orang sini. pindah kerana tidak maju-maju"


Sama-sama senyum. Sebenarnya Hatem terkejut dengan soalan pakcik yang tiba-tiba. Entah bila pakcik ni habis berdzikir? mungkin belum habis. Biarlah, kita endahkan lah dzikirnya.

first impression tentang pakcik ni. pakcik ni boleh tahan sembang.


Sembang-sembang sikit tentang kawasan perumahan disitu. iya, menarik sekali kawasan perumahan Hatem. Anjing banyak sungguh hatta ada kes pelajar STAM dikejar anjing waktu subuh. kasihan sungguh!. konklusinya dari perbincangan mereka, perubahan harus dilakukan. sungguh mereka perlukan angin baru.



"kamu ni pelajar ugama yang macamana?. Sebab, adalah satu-dua kawan pakcik yang jadi ustaz, kadang-kadang mereka ni pakcik tak kenan sangat cara mereka. Mereka ni sangat hebat bersyura tentang perkara ugama ni dalam-dalam. ha, macam bab sholat.. kalau boleh mau bersih betul baru sholat!"


"hebat mereka bersyura pakcik. baik lagi daripada mereka yang tidak endahkan lansung bab sholat ni."


Hatem menjadi pelajar ugama dari sembang-sembang tadi. Dari hemat Hatem, pakcik ni luar dari biasa. Memang tak biasa jumpa pakcik guna terms 'syura'. Dan sungguh tak ramai yang tidak suka akan golongan seperti diatas. boleh jadi bagaimana pakcik ni?


Dan sambil itu, hujan terus merenyai. Sekali lagi, bukan hujan yang merenyai, rahmat yang merenyai. Lebih murni panggilannya!


"kalau nak boleh memilih mau duduk dalam golongan mana yang mau bantu ugama ni. anak nak duduk kat mana? nak jadi yang macamana?"


"mau jadi seperti Muhammad dan AlBanna. Hidup sehingga mati menjadi pejuang agama. Punyai fahaman dan ilmu yang sangat meluas dan mantap, tersusun dan haraki."



Yakin sekali jawapan Hatem. Dan Hatem tersenyum kapan menjawab soalan pakcik tu, dan menandakan payah sekali menjadi apa yang disebut. Kerana manusia itu bertindak dengan apa yang dia mahu, bukan apa yang dia tahu. Mungkin tahunya Hatem tidak sama seperti kemahuannya.



"pakcik mungkin tak faham sangat kamu cakap apa. tapi pakcik tahu kamu memang nak tolong ugama ni..."


Memang sangat jelas, Hatem mau tolong agamanya.


"dan banyak sangat orang cam nak ni nak tolong ugama.. dan banyak sangat tu yang macam-macam jadinya. pakcik tau sikit-sikit je, tapi memang banyak la yang pakcik jumpa."


"ada orang yang suka cakap. mungkin kelebihan pada pidatonya pada cakapnya. ada orang yang cakapnya betul, ada orang yang cakapnya hentam seboleh-boleh hentam, ada orang yang cakap tidak serupa bikin, ada orang yang tak tahu cakap .. disuruhnya cakap juga"



Hatem sekadar menanti patah yang seterusnya. Muka kian serius dan sesekali melirik keluar menanti rahmat berhenti. Tepat sekali istilahya, lebih murni panggilanya.



"Boleh jadi ada segolongan yang sangat sibuk dengan urusan-urusan. pagi petang siang dan malam tak dok rumah, keluar bersyuralah, ada perhimpunan lah, usrah lah. dan macam-macam lah..."



"tapi last skali, seolah tiada hasil usaha dan sibuknya nak. mungkin nampak macam sibuk, tapi tiada hala tuju kesibukannya, tidak compress dan precise , hanya sibuk sahaja memanjang"


"kesian orang macam tu pakcik. cukup bagus la bagi saya orang tu. dah buat kerja sebab Allah melihat bukan hasil tapi usahanya" cubaan untuk menyelit



"memang betul, tapi kerana kesalahnya yang memenat lelah, tiada kemajuan tu yang pakcik tak kenan sangat. orang macam ni pun yang jenis syok sendiri. sedihnya, ramai sangat orang macam ni nak."



Ada benar kata pakcik sorang ni. Seolah ada unsur kematangan dalam bekerja dalam diri pakcik ini. lepas ni boleh ambil nombor, senang nak hubung kalau-kalau ada ceramah.



Ataupun pakcik ini hanya orang biasa. tapi, ini jenis yang cakna masyarakat sedikit. Jenis yang memandang masayarakat ini ada sesuatu darinya. Sekalipun pakcik ni tiada ijazah setinggi anda, tapi ia gemar memandang dan mungkin tiada medium untuk berbuat sesuatu pada masyarakat.



Lebat yang berhenti itu bukan tandanya rahmat sudah berhenti. Tapi tandanya rahmat itu sedang tersebar. Harapnya, tersebar pada Hatem dan pakcik yang makmum itu. kedua-dua sudah pulang dengan cerita masing-masing.



Dalam langkah, Hatem dibuai cerita pakcik itu. Adakah usahanya compress dan precise? golongan manakah dia dalam orang yang mau tolong ugamanya? serius mana mau tolong agamanya?



Dia tahu pokok yang ditiup angin bukanlah tanda lambaian pada Hatem. Biarlah, jika mau melambai, lambailah pada Hatem yang dahulu. Hatem yang kini mau majukan diri.




wallahuaalam.
Pastiadaibrah~


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

5 komentar

jadi org yg b'jihad dgn tenaga sikit tp b'hasil.

ramadhan pantas mengup-date. nnti boleh cerita macamana mau amal dengan tenaga sikit tapi hasilanya cukup enak.

Damai membaca tulisan ni.. Tulisan enta ke akhi? Jika ya, tahniah! Mungkin enta boleh jadi penulis Islami. Bukan semestinya cerpen yg ana maksudkan, tapi mungkin tazkirah, dll.

Rindu tulisan "Hatem"..
rindu lagi penulisnya...

satu soalan?

daie bagimana idaman kamu?