Apa yang saya faham tentang "tidak sokong valentine"
Semua tahu
bahawa bagi seorang muslim, hari valentine adalah hari yang tidak boleh
disambut, bukan budaya kita, merosakkan bangsa, dan lain-lain lagi. Malah, kita
perlu meletakkan 100% kebencian kita
pada hari ini walau perlu berhadapan dengan setengah pihak yang masih ingin
mengiyakan hari valentine dengan hujah-hujah mereka.
Namun,
semangat tanpa kefahaman yang jelas tiada guna. Ramai orang tidak sokong valentine,
tapi hanya menulis status di fB sahaja, tanpa pratikal di kehidupan seharian.
Bagi
memudahkan, saya akan menomborkan isi saya, agar jelas dan tidak melayang. :)
“saya tidak sokong hari valentine”
1) Saya
membenci hari itu dengan sepenuh hati saya.
2) saya
benci couple(bahasa mudah) dengan sepenuh hati saya
3) saya akan
cakap, menulis status, tweet, menulis entry berkenaan, dan lain-lain lagi.
4) saya
tidak akan pergi, sertai mana-mana aktiviti tentang valentine
5) saya
tidak akan memberi coklat, bunga, atau apa-apa hadiah yang kebiasaannya
dilakukan pada hari itu
6) tidak
membantu seperti tidak menolong buat
coklat, tidak membelikan, tidak menghantarkan dan sebagainya.
Penting :
7) saya
tidak ingin dan tidak akan couple pada hari itu juga pada hari lain
8) saya
benci couple bukan pada sehari sahaja, malah hari yang lain
9) semangat
benci akan couple, dan valentine tersemat hingga hari mendatang
10) tidak
bersekongkol dengan sesiapa, bila-bila dan apa cara sekalipun dalam couple ini
11) mengajak
ahli keluarga dan kawan-kawan agar jangan terjebak dengan masalah ini.
Atau mungkin
banyak lagi.
Tapi yang
perlu difahami adalah, ‘tidak sokong valentine’ bukan sahaja pada valentine day
, white day, kiss day atau hari-hari yang khusus. Tapi sepanjang tahun, sepanjang masa, saat dan ketika.
Kena ingat
selalu, couple(bahasa mudah bagi hubungan tanpa ikatan nikah) adalah tidak
boleh . dan cuba cuba cuba semat dalam hati perkara ini. InsyaAllah Allah ganti
dengan lebih baik. :)
cerita coklat - cerita satu tahun dulu