Kini diri tidak lagi remaja. 18/9/1991
Tak tahulah nak mula dari mana kisah 20 tahun ni. Tutup mata dosa sekolah rendah keluar, tutup lagi dosa maksiat sekolah menengah. Tutup lagi dosa mana-mana keluar.
Itulah dia Ahmad Nawfal sudah mencecah usia 2o tahun. Alhamdulillah tidak lagi ditutupkan Allah matanya. Masih berlegar mencari diri, mencari bakat yang tersembunyi. Nyata sekali Allah masih sangat sayang diri saya.
Ada ketika, sangat bangga dengan diri sendiri yang makin meningkat dari semasa ke semasa.
juga sangat kecewa ketika merasakan diri yang 20 tahun ini masih sama ketika 10 tahun dahulu.
Sangat beruntung ketika diri sangat dekat dengan da'wah dan islam. berpenat lelah demi ummah(kononnya). sangatlah suka ketika itu.
pastinya rasa sangat malang ketika diri masih melekat dengan jahiliyyah 5 tahun dahulu. tak berubah-ubah . malang sangat ya rabb.
Ampuni ya Allah dosa-dosaku yang 20 tahun ni.
saya mengakhiri entry kalini dengan senyuman ikhlas dari saya. Moga setiap kali anda membuka entry ini anda akan mendapat senyuman, sebagai tanda terima kasih dan sokongan anda 20 tahun ini.
-senyum-