1/06/2011

pokok - 2009

Tags





saya masih ingat, ada satu hari muallilah Asyikin suruh kami mereka satu tulisan berdasarkan perkataan di hadapan.

inilah hasilnya~

Sekali ini aku diizin
Bertinta tentang kritikalnya pokok
Pokok yang mabuk dalam sendirian
Seketika risau seketika sebak

~0~

Pokok dukacita dalam romantis dunia
Terumbang-ambing dalam risau
Dunia evolusi tapi pokok setia
Memasrah dalam amarah

~0~

Sekali lagi aku diizin
Sayu dan cemasnya pokok, aku ceritakan
Merisaukan dunia yang tepu
Padat dengan gelap-gelita
Keliru denagn revolusi yang keliru

~0~

pokok ini sukacita?
Rimas tapi sanggup menerima
Namun bimbang ketika dunia tenang
Mungkin kapan bahagia datang
Tiada kenal pokok erti gembira

~0~

Kasihan pokok yang kalut
Lemas dalam gersang dunia
Awang-awangan dalam ombakan dunia
Sempit melihat ketegangan.cuma
Dunia yang tegang meilhat luasnya pokok

~0~

Saya intiha dalam tegas
Terus menulis walau pokok kecewa
berkelana cinta pokok dan dunia
Tinta ini tinta cinta
cinta?
Sekali lagi pokok runsing mendengar cinta




Rindu dalam sepi mengenangkan tulisan yang tak sengaja ini direka. sangat rindu akan suasana sekolah.


*Di akhir nota, Muallimah menyuruh saya pergi mana-mana kursus penulisan agar jadi penulis pro yang berdakwah dengan tulisan.

Memang itulah impiannya. Doakan!


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

4 komentar

smart . serius smart . kemaskan lagi vokab dan penghayatan

yang ni masalahnya, berpandukan perkataan di hadapan. maka vokab terbatas.

iAllah Syukran.

sekali ini aku memohon izin

nak berkawan dengan pokok, bulih?

wow. top vote cerpen.. fiq vertigo comment on my blog. menarik~

kawan dgn pokok tidak perlu izin. dipersila dengan selamat~