1/01/2010

saya dan sekolah (versi menengah)

Tags

dua ekor



Baik.



dalam post lepas saya cerita tentang kisoh di bangku rendah. amat beruntunglah bagi mereka yang mengambil i'brah dari kisoh.




***



Maahad tahfiz Alquran hira' adalah tempat yang tidak boleh kita lupakan sampai bila2. bukanlh utk mengagungkan tempat ni, tapi bagi yang nak masuk pasti payah nak keluar kerana suasananya yang sangat murni lagi hebat. Senir-senir kita memang amat membantu kita ketika ini. fahaman tentang tarbiyyah dijelaskan lagi, dan konsep pentingnya usrah ditambahkan. jujur saya kata, takdir Allah meletakkan saya disini merupakan anugerahnya yang agung nian.


terima kasih semua!








lansung kita ke SRI Al-amin Bangi. sekali lagi ayah kita mengaturkan diri kita untuk pindah sekolah lain. ini adalah sekolah MUSLEH ketiga kita selepas Hira' Shah Alam dan Hira' Jeram. Berpindah ke Alamin adalah satu pelaburan yang sangat subjektif. Berpindah dari satu tempat yang kita kira sangat bagus ke satu tempat yang bagus tapi adakah sebagus dahulu? itu kita tidak tahu. Namun atas arahan ayah dengan alasan akdemik, kita akur dan teruskan hidup kita sebaik-baiknya.






seminggu pertama di Alamin, kita menunjukkan muka tidak seronok dekat maka kita sebagai tanda protes untuk berpindah. sbb kita tau, ayah kita hantar kita kat sini bkn sebab alasan tarbiyyah atau sebarang alasan proper yang lain. tapi dgn alasan, akademik kita akan terjaga bila dok umah. kita muncung dengan mereka ~^-^~




saya dn study



tapi..



kita faham satu perkara je dalam penghijrahan ni. iaitu, hikmahnya lebih agung dari segala-galanya dan jauh lebih baik daripada apa ygn kita sangkakan. kita belajar redha menerima apa yang orang kasi kat kita, baik atau buruk. dan apa yang kita dapat? urusan kita memang sangat-sangat dipermudahkan lepas saya dimudahkan.
biarkan kisoh itu. biarkan kisoh hira' dan alamin. dua-dua sama hebat.



di alamin, kita jadi itu dan ini. tahun pertama, kita dah jadi 2 bendahari. 3 mungkin. tahun berikut bertambah-tambah lagi. Namun itu tidak bermaksud saya adalah seorang rujukan terhebt. bukan juga qiayadah yang mantap. tapi bila orang kasi kepercayaan, kita buat yang terbaik, usaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Di sni kita berjuang lebih sikit.
PENUTUP


kehidupan sekolah amatlah indah wahai sahabatku sekalian, memorabilia indah nian yang dihiasi tarbiyyah itulah sebenar-benar indah. kita amat bersyukur sangat-sangat.
Kita terdengar satu perbualan mak kita dengan opah, mak tdak sedar mgkn kita dengar mereka berbual [~^_^~]. Hanya Allah yang tahu bertapa syukurnya kita, betapa terharunya kita bila dengar. bagi keluarga yang x seberapa, menghantar kita memang sudah memeritkan



ni apa yang Mak kita kata ;



"Berbaloi hantar Ofal dekat sekolah yang mahal tuh. terjaga sikit"






suka. TERIMA KASIH SEMUA!!! ^^

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

3 komentar

ouh. sinopsis diari sepanjang 18 tahun..

semoga terus menjdi anak yg emak bangga~

minta doakan selalu. moga kita jadi anak yang selalu mak bangga!

Kita pun terhibur baca. Moga terus tsabat di jalan ini.