9/20/2009

Pakaian. kisoh family

Saya memang teringin sangat menyampaikan post sebegini bila melawat saudara-saudara dekat saya. Tahun lepas saya terlepas. Tapi kalini tidak boleh tidak, kena menulisnya. Tak tahan lagi~


***


adik saya dah stat buat muka 'muncung' bila sampai kat umah salah sorang ahli family saya. Yang bongsu tu memang da kenal sangat tak suke tempt yang macam flat, lagi-lagi bila kena naik tangga. Bersepah sampah kat tangga, hancing lagi. Memang teruk sangat kediaman ini kalau dibandingkan dengan kediaman kami kat PJ. tidaklah sejijik mana, cuma perasaan kurang enak tu pasti ada.


Bukan apa, tadi kami baru pulang dari Shah Alam, lawat pakcik saya gak. Dan flat gak. Tapi ini lebih baik sikit, cuma ianya flat yang tidak berlift. Jadi kena harung tangga dicompany dengan keluhan dan penatan.


Usai, singgah kat Taman Dato' Harun. Kalau siapa yang tak biasa hidup dalam biah sebegitu, pasti pelik. Punyalah sempit, kotor(sikit), penuh dengan kedai burger, dan remaja bermotor(aduh!). Pasti anda senang membayangkan susahnya.


Hamdallah, adik kembali tenang kapan jumpa rakan sekanak yg lain. lol


Saya takde masalah sangat dengan kondisi camtu sebab masa kat kampung saya lagi teruk. Kalo yang tadi kerabat belah ayah saya, kerabat belah emak saya mungkin lagi teruk. Sudahlah rumah memang comot, konlik keluarga yang banyak, anak terjebak dengan dadah, tak nak denganr cakap mak, menantu yang sengal, kena buang kerja dan berdozen cerita lagi.


Adik saya tak ikut kalau ziarah kerabat yang berkonflik, mak lebih selesa sembang panjang .. daripada teringat adik saya yang kecil.


***


Yang pasti orang yang paling saya kagum bukanlah mereka yang pakai baju atas tarikh, berada, dan mewah. Yang paling saya kagum adalah orang yang pakai baju taqwa, hidup dalam keadaan sedar, tidak terikut, dan cerdas. dikaitkan dengan kisoh family saya, mereka pakai baju apa saya tak tahu.


Pandang dekat kereta mereka, tidaklah hebat. Pandang dekat edukasi mereka, kebanyakan tiada nilai. Pandang dekat taqwa mereka, wallahua'alam, mereka belum ikhlas lagi dalam hidup. Ramai lagi yang tak bertudung walau mereka bertudung. Jadi mereka ada apa? mereka pakai apa?bahkan akhirat, dunia kosong !


Despite that, mata tetap memandang mereka saban tahun, namun fizikal dan spiritual mereka tetap sama. Maka saban tahun juga saya sedih melihat mereka ini. Yang paling ketara sedihnya, parents saya.

kerna..
Mak saya melengkapkan ayah dan family saya dengan Ad-din dan nilai-nilai menjadi seorang muslim yang unggul. Dan ayah saya melengkapkan ibu dan family dengan keperluan fizikal yang seimbang, satu pakej yang menarik dan sebab pakej itu juga lah mereka kerap menghitung. Seolah-olah rejeki yang diberi, tidak adil. Kenapa kami sahaja yang dapat, bukan pakcik yang lain?


BTW. Jadi ko nak belajar elok-elok. Ayah saya sering bilang yang itu. Opah belah mak saya bilang, kita ni family ugama. Family sembahyang, family asal bota yang hebat. Family yang memang dikenal dengan kuat agama, memang ramai yang segan dengan kami.
***

Wallahua'alam, ini cerita family saya.. tapi, saya belum cukup saya kenal dan olah. Belum benar-benar tafsir dan ta'wil mereka ini. Tapi mereka ini memang cukup mengajar saya tentang bertuahnya menjadi diri ini, mereka kembali mengingatkan saya tentang apa gunanya ada agama. Apa kesannya kalau takda pegangan.
~Mari kita melaju. jangan melayu~



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

4 komentar

teruskan membina family yg disinari Islam~

ambil iktibar bukan belajar dari pengalaman!

'ambil iktibar bukan belajar dari pengalaman'

minta penjelasan~

berikan maksud iktibar. hehehe. mari melaju!

maksudnya..

kita ambil iktibar apabila melihat sesuatu perkara yg kurg enak berlaku kat org lain..

jgn tunggu sampai kita terpaksa rasa perkara yg kurg enak itu baru kita nak buat perubahan..

faham x?