kita ini terpilih ..secerita dgn dedaun ini~
...Hatem lelah dan penat. lelah dgn kerja dan leteran. apa mau buat? ini lah dia kerja Hatem dan kita.
ibunya bilang ini kali yg terakhir dia keluar bekerja(!?!!)
Hatem ber'aduh' bervariasi bahasa. baharu pulang sebentar sudah dileter. oh! bukan dileter, ditegur sahaja oleh ibunya yg lagak kasar sedikit. Hatem memacakuatkan di benak hatinya, mungkin sahaja ibunya didatangi emosi yang kurang senang. Hatem tahu dan faham bahawa ibunya faham.
Hatem duduk di hadapan komputernya yg berbaur memori. mana tidak..jahilliyyah tambah tarbiyyah tersimpan dalam komputernya itu. Sesambil itu terlayang fikirannya akan hari-hari sebelum Hatem sibuk bekerja .. kadang-kadang teringat menulis di daurah yg hanya duduk mendengar, terbawa-bawa ke rehlah, tambahan kerja usrah bawah dan atas. terus tertuju ke hari-hari mendatang .. minggu depan bengkel lagi, qiam lagi, bilang ibunya .. asal hari minggu aja Hatem keluar!
"....mak saya kasi ke saya keluar?" nah! kalini Hatem luah sendiri ( sendiri-sendiri)
Hatem bukan salah sangka dengan ibunya, cuma tersipi di fikirannya akan kudrat ibunya yang ingin sekali menghantar Hatem ke pusat tusyen .. persis jiran sebelah~ tapi terhalang dengan komitmen Hatem akan kerja-kerjanya. Biasa sudah diuar-urakan oleh ibunya kpd jiran2 sebelah. Hatem sendiri sudah lali dengan ayat ibunya. Biasanya begitulah ayatnya jika mereka bermua'malat.
"komputer.. komputer .. komputer! x habis2! dah la suka keluar, kat rumah main lagi" bunga hati kedua bicara(sentak!)
Hatem mau luah, tapi tidak mengapa. Ayahnya bukan berbasa-basi, ada point juga~~ mau tidak mahu, Hatem harus berganjak mencari bahan baca ygn lain .. Iya! tadi Hatem juga membaca. Bukan bermasa kosong dengan komputernya.
obama'snaik ke atas dengan pelbagai. tangan kanan bawa beg berisi baju-baju basah lepas mandi rehlah. Belum kira membawa sekali jalan hati yg sangat banyak perasaan.
"ha! naik atas baca buku sirah lagi, baca buku mcm tu lagi, knplah susah sgt nak buka buku yg spm?!"
oh! tangan kiri Hatem membawa buku 'Golongan yg tercicir' karya Fathi Yakan.Hatem mulai membaca situasi sekarang. hatem sekadar memegang buku itu, belum dibaca lagi dan tambahan tidak terlintas hatem utk membaca. kerna badannya penat menanggung bebanan fizikal dan mental .. lepas ini dia tdk berbiat utk membuat aktivti lain. Sekadar mau mandi merehatkan diri, dibiarkan sahaja ayahnya itu~
****
Azamnya utk rehat secara total dalam solat nyata terhalang dengan teringat babak awal kapan Hatem baru pulang. Tidak khusyuk dengan pekikan mereka yg kecil di belakang saf jamaah itu sudah satu masalah yg besar nian buat Hatem, ditambah dengan kondisi badan dan akal fikiran yg terganggu seolah-olah menyimpulkan lagi kusut-masai diri Hatem. Ah! solat kalini memenatkan Hatem.
"Saya pulang!" mnolog!
Lesunya Hatem hatta ucapan pulang yg mudah jua tidak mampu diucap. Bukan apa, lesu ingin bemesra dengan orang tuanya. Lantas, aturan jadual Hatem malam ini mudah aja! sekarang tidur, esok sebelum fajar menyinsing Hatem mau bangun tahajjud! insyaalah~
...Malam yg asing dan hening itu hanya dihiasi dengan sahutan cicak dan desiran kipas sahaja. Tiada apa-apa bunyi yg bergetar lebih kuat daripada cicak-cicak itu. Saya fikir jika cecicak itu punyai nilai personafikasi meniru manusia, pasti sahutan itu hilai tawa cicak-cicak itu akan Hatem!.
siapa tau?