3/09/2008

Kemana Hilangnya!!!

Tags

[ Penulis ingin mengubah mode pembace yg mungkin ketika ini masyuk dgn keputusan pilihanraya-12 ataupun ade yg menangis apabila melihat keputusan perlawanan FA CUP yg menyaksikan chelsea tewas mengejut kepada kelab bawahan liga...


namun, wahai pembaca sekalian..perlu diingatkan kpd sume..agar kita tdk terlupa akan benda yg sepatutnya perlu kita igt..seperti masalah saudara-saudara kita yg sukar digambarkn dek akal..mari kita lihat salah sebuah kisah>>>]





....Walaupun masih dalam kesedihan kerana kehilangan Sharlinie anak kesayangannya, Mohd. Nashar Mat Hussain tetap keluar mengundi hari ini.
Beliau mengundi di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, Dungun, Terengganu kira-kira pukul 9 pagi hari ini manakala isterinya, Suraya Ahmad menunaikan tanggungjawab itu di Taman Medan, Petaling Jaya.

Menurut Mohd. Nashar, walaupun anak bongsunya itu masih belum ditemui tetapi itu tidak melemahkan semangatnya untuk keluar mengundi.

“Kesempatan pulang ke kampung juga dapat saya gunakan untuk merisik maklumat cara-cara lain bagi mengesan penculik anak saya. Saya memang amat berharap pihak polis dan orang ramai terus mencari Sharlinie yang hari ini genap 60 hari dia hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Sharlinie, 5, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya ke rumah mereka di Taman Medan dekat sini pada 9 Januari lalu.



Mohd. Nashar yakin anaknya itu masih hidup dan berada dalam keadaan selamat.



Beliau menganggap segala usaha mencari yang melibatkan semua pihak setakat ini menemui jalan buntu sebagai dugaan Tuhan.


Semalam, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed menegaskan pihaknya akan mencari sehingga Sharlinie ditemui.
Kata Arjunaidi, maklumat yang diterima sangat terhad selain perlu dianalisis bagi menjejaki penjenayah terbabit.




~akhir kalam~




kita ni hidup cam pokok..atau satu badan yg same, walaupon hanya gatal yg sedikit pd telinga kita..pasti ada satu anggota lain yg terasa dn bertindakbalas utk menggaru tmpt tersebut, plg kurang pon, tentulah mata badan tersebut akan melihat kat tmpt yg gatal 2..so bersama2lah kita mendoakan Syarlini khususnya dn kpd seluruh umat muslimin umumnya agar dikuatkn dlm menempuh segala macam mehnah dn tribulasi yg menimpa..Ameen




SELAMATKAN!!!!


SELAMATKAN!!!


SELAMATKAN!!!


SELAMATKAN!!!
selamatkan!!!
selamatakan!!!
selamatkan!!!
selamatkan!!!

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.