![]() |
Tidak perlu supermoon untuk cantik. Waning, waxing, crescent, dekat jauh, pun lawa |
"Aku juga mampu merajuk," kata bulan.
Bintang membisik sesama
mereka. Mereka ramai, seperti kelompok yang berkawan, boleh bercantum membentuk
petanda. Bulan kekal sendiri, kadang bulat, kadang sabit kadang hilang.
"Kau sengaja mahu
membesarkan diri, mahu manusia melihat kau. Mahu betul kau dengan perhatian
ya." Bintang akhirnya bersuara. Sebenarnya mengejek. Bernada sinis.
"Biarlah, setiap
hari aku melihat manusia, manusia tak melihat aku. Aku juga berjasa pada
manusia, aku makhluk Tuhan yang menerangi!" luah bulan.
"18 tahun nanti
manusia mesti memanggil aku lagi."
Matahari hanya
membiarkan. Dia juga bintang cuma tidak sanggup mengejek jirannya yang kerja
sepertinya, menerangi bumi. Bumi membatu, tidak mahu campur urusan kawanan
bercahaya. Dibiarkan sahaja mereka. Jika merajuk, dialah mangsa. Habislah bumi
gelap.
Semua rajin benar
menerangi bumi. Bulan, bintang dan matahari sibuk berlumba mahu jadi yang
paling menerangi bumi. Manusia mengambil manfaat. Malah Tuhan sendiri menyuruh
manusia melihat mereka.
Manusia sahaja
menggelapkan yang terang. Zalim pada cahaya bintang, matahari, bulan dan nur hidayah dari Tuhan. Tetap gelap walau saban hari melihat makhluk Tuhan yang
bercahaya ini.
Walau manusia jika diberi hidayah dialah
yang paling bercahaya antara semua.
-copypaste facebook saya
2 komentar
Nice. Terima kasih.
Salam perkenalan.
Sama-sama.
Kita kenalkah?