![]() |
Ada caranya nak tolong budak hensem nih! |
Syahir membuka pintu bilik sebelah. Perlahan dia memulas
tombol pintu dan membukanya separuh. Kepalanya dipanjangkan mengintai di mana
kawan serumahnya yang lain. Dia perasan Karim sedang berbaring di atas lantai
dan Farhan di hadapan komputer. Dia membuka suaranya,
“Kalau nak makan, jom. Sebab makanan sudah sedia hidang. Takut sejuk nanti”
“Kalau nak makan, jom. Sebab makanan sudah sedia hidang. Takut sejuk nanti”
Kedua mereka berpaling tanpa suara.
“Kalau nak, jom lah. Boleh makan sama” Syahir mengajak buat kali kedua dengan nada yang lebih perlahan sebelum beredar menuju ke ruang tamu dan menghadap dulang. Sibuk Amin menyenduk nasi ke dalam dulang.

“Kenapa mesti perlu ajak bila waktu makan. Semua orang tahu yang selepas magrib kita mesti makan, kenapa perlu diajak lagi hari-hari” leter Amin dalam sedang menyenduk kuah pula.
kata Syahir, “Tuang lagi, aku lapar hari ini”
“Aku tak faham betul, kenapa mesti nak ajak juga. Satu, kesianlah pada orang yang masak. Kedua, takkanlah perut tu tak berbunyi bila sehari tak makan”
“Biarlah mereka, musim periksa kan?” Syahir cuba sejukkan Amin.
“Kalau ya pun...”
“Mana kau tau, yang kawan kau tu ada kerja lain yang perlu diurus?”
“Mana kau tau, yang kawan kau tu ada kerja lain yang perlu diurus?”
“Mesti masa waktu maghrib ni ada kerja?”
“Biarlah, waktu periksa ni kan. Senang kalau kau sangka
baik. Kawan kau juga.”
Tangan Syahir sudah bersedia berada di dalam dulang memulakan langkah. Tidak diendahkan Amin yang masih mengomel tentang hal kawan mereka
di bilik sebelah yang memenatkan. Syahir faham apa yang dileterkan. Memang
tidak sepatutnya mereka berdua sahaja yang makan. Seeloknya seisi rumah duduk makan
sekali. Baru ada manisnya tinggal serumah.
Sedang mengunyah, Syahir melihat Amin masih runsing.
Berkerut-kerut sahaja dahi Amin.
“Sebab itu, ada benda kita boleh kawal, ada benda kita tak boleh kawal, Amin.”
“Sebab itu, ada benda kita boleh kawal, ada benda kita tak boleh kawal, Amin.”
Amin tak balas, penuh mulutnya ayam dan nasi. Sempat
mengangkat kening sahaja.
“Benda yang kita boleh kawal adalah dzon (sangka) kita pada kawan kita. Kita tak boleh ubah perangai dia, tapi yang kita boleh kawal dalam hubungan persahabatan ini, adalah kita sangka yang baik-baik sahaja..”

“..Dan kita tegurlah dia kan?” Amin sampuk pula.
“Iya, betul. Itu Nombor satu. Tetapi selepas itu, yang
ubahkan sikapnya bukan kita. Kita tak boleh nak buat apa-apa. Itu dia dan Allah
sahaja yang tahu”
Amin menikmati hujah Syahir dan nasi lauk ayam kari. Dianggukkan sahaja tanda sedap kedua-duanya.
Amin menikmati hujah Syahir dan nasi lauk ayam kari. Dianggukkan sahaja tanda sedap kedua-duanya.
“Buat apa yang kita mampu dalam kawalan kita.” Amin
menyelangi dengan mengambil sayur di dalam periuk. “...Itulah manusia. Ubah apa
yang kita boleh ubah”
“Serupalah macam isu Aleppo baru ini, Syahir” kata Syahir
lagi, dikopeknya peha ayam. Diberi satu bahagian pada Amin, satunya ditelan
sekali dengan nasi.
“Kau bukannya boleh pergi sana, ikut perang sekali. Yang
kau perlu buat adalah menjadi wira di petak kau yang sekarang ini. Buat
betul-betul dan niatkan untuk selamatkan mereka, insyaAllah itulah bantuan kau
pada mereka..”
“Petak aku? Maksud kau? Makan nasi lauk kari, dan sayur
goreng? Makan betul-betul?” bingung Amin.
Syahir senyum dengan jawapan Amin, “bukan itu sahaja, ada lagi yang lebih penting...”
“...Belajar, jawab peperiksaan betul-betul. Jadi wira di dewan peperiksaan adalah benda yang kau boleh buat. Perang di situ serupa seperti perang di Aleppo sana kau tahu!”

Bunyi sedawa Amin mengakhiri bualan panjang mereka di
dulang. Nasi, ayam dan sayur goreng semua habis, serta satu fikrah berjaya
ditanam Syahir pada Amin. Serentak juga zikir Alhamdulillah dari mereka berdua.