![]() |
Mata |
Abe membulatkan
mata. Ke kiri dan kanan dia memandang kawannya yang lain. Saif di kanannya
ataupun Azizi di sebelah kirinya tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Faysal yang
berada di hujung berdekatan dengan Huzaifah pula sibuk menulis. Ketuanya, Aiman
meneruskan kalamnya.
“Perkataan
al-Ghaib dalam ayat 12 surah al-Mulk ada maksudnya. Kena rasa kita ini
di-cctv-kan sepanjang masa” kata Aiman
Abe menelan air
liur. Tidak sangka cepat sungguh ketuanya sampai ke topik cctv. Dia cuba
berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Namun setitik dua peluh sudah
kelihatan.
“Cctv? walau dalam
tandas sekalipun ada cctv? Begitu sekali?”
Faysal bertanya walaupun dia masih menulis. Matanya tidak dialihkan dari buku
notanya.
“haruslah. Walau
kita di lubang cacing,” Huzaifah membalas.
“Walau dalam
bilik gelap kosong, dan mak kita tiada di rumah dan pakai unifi,” Saif
menyampuk.
“Walau dalam
instagram,” laju Aiman mencelah.
Pecah tawa
seisi usrah di malam yang serba hening. Berbincang mengenai cctv yang lebih
hebat dari kebanyakan cctv di dunia. Ternyata, Allah Maha melihat.
“SAYA SUMPAH SAYA TIDAK AKAN BUAT LAGI!” abe bangun dan menjerit dengan tiba-tiba.
“SAYA SUMPAH SAYA TIDAK AKAN BUAT LAGI!” abe bangun dan menjerit dengan tiba-tiba.
Jika tadi mata
abe sahaja yang bulat, kini semua mata ahli usrah yang lain membulat dan
menumpu ke arah abe yang tiba-tiba menjerit. Sawan kah?
“Saya janji
saya tidak akan bermain mesej dengan Farah lagi. Saya janji saya tidak akan
buka profil facebook dia lagi. Tolonglah, saya janji!”
“Apa yang berlaku?
Kenapa tiba-tiba abe?” Aiman cuba memberi respon.
“Demam?” Saif
menyampuk.
“Sawan?” Huzaifah
turut menyampuk.
Sambil
tertunduk menahan malu, Abe menyambung, “saya tahu abang Aiman tahu mengenai
hubungan saya dengan Farah. Saya buat bila senyap-senyap, tak sangka pula abang
tahu tentang perkara ini. Lagi-lagi bila dengar perkataan cctv. Tambah risau
saya…”
Ternganga Aiman
dibuatnya. Jujurnya dia tidak tahu-menahu tentang hubungan antara Abe dan Farah.
Siapa Farah, dia juga tidak kenal. Dia mendekati Abe dan memberikan sedikit kata-kata,
“akhir ayat itu
juga ada menyebut tentang keampunan dan ganjaran. Tinggalkan Farah dan jadilah
manusia baru.” Sambil menepuk-nepuk bahu Abe.
Itulah kuasa Tafsir
Fi Zilalil Quran. Pengarangnya Syed Qutb bukan orang agaknya. Sangat mengesani!