hero adalah penyelamat bukan setakat kuat |
"dulu ana suka hulk. dia paling kuat, paling gerun, besar kot. "
"tak, tak . juggernaut paling kuat. hulk tak lah sampai pecah dinding. tak pun Thing fantastic four. cuba lawan sikit. tengok siapa paling kuat."
entah macamana, timbul isu kanak-kanak dahulu ketika sedang sarapan mee soto.
Satu ketika dahulu ultraman pernah mencetus satu evolusi. Sezaman dengan superman dan lewat sedikit muncul pula ikon goku dalam dragon ball. Berterusan zaman demi zaman dan bercambahlah koleksi hero atas muka bumi ini. Tidak tahu mengapa, banyaknya dijayakan oleh jepun dengan manga dan animenya dan amerika yang terkenal dengan marvel juga capcom nya.
Allah sahaja yang tau apa sebabnya. Mungkin berlumba menjadi penyelamat dunia terhebat sepanjang zaman. Atau Manusia sempurna dengan kuasa tiada batas? atau apa?
Manusia sejagat sudah lupa akan hero alam semesta yang asal. Hero yang membawa kestabilan kepada dunia, menyelamatkan insan dari segenap sudut, kesyumulan hingga hari akhir dunia. Kuasa keramatnya hanyalah Al-quran yang dibawa mengalahkan berjuta yang lain.
Hero dari arab ini sudah dilupakan saban hari. Dengan harapan, nama Naruto serta delegasi ninja konoha dapat memadamkan Nabi Muhammad dan sahabatnya. sama juga harapan Superman dan justice league.
Mencari hero lain selain Muhammad S.A.W memang tidak boleh. Takkan jumpa. Sekalipun musang ekor sembilan.
Namun isu paling penting adalah penerusan delegasi hero di malaysia kita.
Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir, Kasturi. Diceritakan, merekalah hero yang menggegar nusantara dahulunya. Menjaga keamanan Melaka khabarnya.
Masalahnya mereka sudah hilang dan masalah lebih besar lagi pengganti hero ini tidak jumpa-jumpa hingga sekarang. Yang kita nantikan adalah hero yang betul-betul hero. Dengan harapan, hero yang dinanti kembali menyelamatkan Malaysia dari banyak masalah. Cukup kuat untuk mengalahkan sekularisme, liberalisme, keruntuhan akhlak dan lain-lain. Mengangkat maruah kita sebagai ummat islam kepada ummat yang terbaik di dunia
Semua kena ingat hero bukan sebarang benda. Hero bukan kacak semata. Tidak dikira hero jika tidak kuat.
Superman diangkat menjadi hero kerana peribadi yang sangat kuat. Mungkin perlukan semangat naruto, bijaksana batman, juga stamina son goku . Malah lebih lagi!
Kumpulkan kekuatan, bina peribadi kerana sudah lama sangat kita menanti hero malaya. tak sanggup nak tunggu lagi. Kalau kita biasa tengok cerita kartun, hero akan datang ketika klimaks cerita dan menunjukkan kuasa sebenar untuk mengalahkan musuh di hadapan. Dan saya rasa sekaranglah klimaks cerita, cukuplah kefasadan di malaysia. hero malaya perlu turun sekarang.
tidak lain, hero adalah anda. yang kuat, bijaksana, lain dari orang lain, stamin tinggi, fleksibel, cekap dan yang paling penting hero yang rabbani.
sudah. hero tak boleh cakap banyak, ada panggilan :)