5/04/2011

Firaun.

Tags


sungguhpun kita ni watak kecil sahaja, tak bermakna tidak boleh menyumbang


saya menjurus untuk berfikir akan satu perkara ini

Apa yang saya fikir ini berkait dengan kuasa besar yang makin lama menampakkan kuasanya. Ditambah hal kuasa besar dalam negara kita sendiri. Mereka sangat berkuasa dari segi media dan propaganda mereka. Kalau diikutkan drama dan skrip lama, mereka ini nampak baik-baik sahaja, rajin membantu, dan merakyatkan kerja-kerja mereka.

Daripada dulu, mereka ini gemar menipu, pandai berlakon, bajet tahu dan macam-macam lagi. Malah, saya sentiasa pelik bagaimana ramai boleh tertipu dengan mereka ini. Dan ini berkait bukan sahaja diluar, malah di dalam negara kita sendiri.

Dalam fikir saya lagi, sebenarnya mereka yang berkuasa besar ini ada satu benda yang lebih kurang sama daripada dulu hingga sekarang. Ada satu kerakter yang sama antara mereka ini. Oleh kerana ianya sejarah, pasti akan berulang hingga hari akhir manusia atas dunia ini.

Bagi saya mereka ini sangatlah berilmu dan sangat boleh untuk dipersalahkan jika dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan oleh mereka ini. Memang tak kena dengan ilmu mereka ini. Mahu mereka lebih sangat daripada tahu mereka.

Yang muslimnya ibarat bersuluh di tengahari, sudah jelas lah ada ilmunya tentang akhirat, dosa dan pahala, syurga dan neraka malah mereka ini mungkin sekali tahu mengenai tasawwuf, fiqh dan dakwah sendiri. Yang kafir pula daripada kecil sudah diajar moral. jadi memang jelaslah tahunya mereka ini.

Ada seorang pernah cerita kepada saya pembukaan sinai yang dirampas oleh israel diketuai oleh husni mubarok. Walaupun sumber nya tidak beberapa pasti tapi dengar-dengar saya, pakcik husni ni baik orangnya.

Kembali tentang apa yang saya fikir daripada awal tadi sebenarnya adalah satu soalan mengenai seorang pemimpin ini. Dan saya pasti dia ini adalah peminpin yang paling teruk sepanjang perkenalan anda dengan pemimpin jahat sepanjang sejarah.

Walaupun begitu, saya rasa dia masih lagi si-laknat ini mempunyai persamaan yang sama dengan pemimpin kuasa besar iaitu ilmu nya tentang tuhan serta azab nerakanya.

Buktinya kerana masih lagi dia mengucapkan syahadah ketika ajalanya. Walaupun pada sebelumnya, beliau sendiri yang mengaku diri tuhan, melawan seru nabi Allah malah bongkak tak tentu pasal.

Jika anda berani teka, saya sedang berfikir tentang firaun.

Yang membuatkan saya terfikir dan mengarang post kalini adalah untuk mencari jawapan mengapa firaun bersyahadah ketika saat matinya. Sedangkan ketika hayatnya dia begitu bongkak dan berbuat zalim keatas dirinya, rakyatnya dan tuhannya sendiri.

Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak mempunyai ilmu mampu mengucapkan syahadah? takut akan azabnya?

Kepada anda yang rasanya bukanlah seorang watak besar dalam perjalanan dunia ini boleh juga mengambil ibrah yang sedikit ini, post ini mungkin berkait tentang bahaya ilmu tanpa amal. Ibarat pokok tidak berbuah. Atau teruk lagi akan berbuah tapi beracun pula.

Kerana kerja mereka bukan berdasarkan ilmu baik yang mereka ada. Jadi kalau bukan yang baik hasilnya, buruk dan beracun jualah buahnya.

Ini adalah satu teori saya mengenai taubat firaun. mengenai kuasa besar, bahaya ilmu tanpa amal dan kebodohan orang yang percaya mereka ini.

bagaimana? apa sebabnya firaun menyesal dan insaf? apa ibrah Allah atas kejadian itu? apa ye?


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.