*Selamat Hari Lebaran*
doakanlah amalan Ramadhan saya diterima Allah. doakan saya kekal mantap dan tuntas selepas ramadhan.
untuk anda,
saya memilih untuk doakan anda agar bermalu-malu sahaja di Eid kalini. kerana sungguhlah tidak malu kalian semua yang beraya sakan tapi Ramadhannya sungguh entah apa-apa! malulah dengan diri kalian.
turut mendoakan agar kalian malu pada diri sendiri yang 5 hari sebelum ini anda andalah seorang yang sangat soleh dan solehah. anda adalah orang yang malamnya penuh dengan tahajjud. malah mungkin ada dikalangan anda yang berazam untuk berubah setelah keluar dari ramadhan. maka malulah dengan azam kalian.
boleh jadi, doa saya agar anda malu pada orang lain. jagalah diri anda di lebaran ini.
tidak lupa juga agar anda sentiasa malu kepada Alquran anda. saya kira mendiskriminasikan tilawah pada eid dan ramadan itu satu tindakan yang memalukan Alqoran anda. sungguh tidak malu bagi mereka yang kecoh betul bila Qoran mau dibakar tapi tiadalah dibacanya!
oh, Malukanlah sahabatku ini dengan kata-katanya YA Allah!