
(kereta dan qutai)Saya
daripada kalam seorang ustaz yang memberikan talk sedikit kepada saya,
"Daie itu melihat madu'nya persis seekor singa yang lapar memandang qibash utk dibaham"
Mudahnya, jika dari kacamata seekor singa yang lapar, ia tidak akan memilih qibash yang ingin dimakan, jika mampu ditelan semua qibash2 itu, semampu itu ia akan lakukan. Tidaklah ia seperti manusia yang hanya memilih anak buah yang senang2, yang tidak merajuk dan mudah dengar kata.
Singa itu terliur melihat bahamannya, apakah kita tidak?
~~~~~
hari ini Nawfal ahmad menjadi 'saya' .. Hatem direhatkan
Harini begitu terasa untuk mengucapkan terima kasih kepada naqib2 saya yang bagitu hebat melayan dan mendidik saya, begitu tak terkata rasa pengucapan ini. Bermula daripada darjah 6 di hirasa bersama dia. Teramat kagum dengan cara beliau menerjah ke dalam diri kami seusrah. Seingat saya beliau berumur 20 tahun dan kami 12 tahun. Yang kesimanya beza pemikiran antara kami tidak mendatangkan masalah buat kami atau dia.
Teringat satu perbualan,
"mas .. best tak jadi orang besar, macam susah je.."
"jadi budak kecik best gak .. tapi orang besar senanya lagi best!"
***
dan lansung saya dihantar kepada mas2 yang haibat di Maahad Hira Jeram .. Saya banyak belajar daripada naqib2 saya di hira'. Suka diberitahu disini, Saya dan kami bersama naqib tidaklah banyak melakukan game2 untuk diberikan pengisian seperti yang dilakukan banyak naqib dewasa ini, kami lebih suka duduk 2 jam berbincang bersama-sama, bertafahum dan bermutaba'ah amal. Hamdallah, kami terbentuk juga.
Jadi bermain-main game dalam kebanyak usrah sekrang ini bukanlah salah, semuanya bergantung kpada bahaman kita ini. Kalau bahaman kita gemar bermain dahulu, kenalah kita bermain dulu .. namun dingat, tiada istilah usrah itu adalah game.
*credit to bros!
***
Dan naqib saya bertambah dari semasa ke semasa. Selepas satu sekolah ke sekolah yang lain. Berbanding lain, yang paling saya syukuri adalah saya masih tegar berada dalam usrah. Rasa ingin dan ingin untuk berusrah. Tambahan, naqib saya di Alamin juga hebat2 belaka. Walaupun merasai kelainan sedikit berbanding usrah yang sebelum, tapi tak mengapa .. lain tempat, lain cara..
*intihanya, moga sehebat dia dan dia
***
sokong tidak sokong, erti hidup pada memberi. Tidak boleh hanya disampai tanpa menyalurkan kepada bahaman yang baharu. Namun, tertitiknya satu kerisauan di hati adakah saya bisa dipandang hebat oleh bahaman saya seperti apa yang saya pandang akan naqib saya. Berbisakah saya memberikan potret terindah buat bahaman saya ataupun menjadi mimpi ngeri buat mereka?
Moga saya dan anda diberi solusi dalam terus bersama dalam memegang peran sebagai seorang naqib. Moga juga Allah memudahkan tugas kita I.allah.
Terfikir, adakah saya bisa hidup tanpa usrah?
La' wa Lan.
8 komentar
Singa itu terliur melihat bahamannya.
maseh atas pringatannya :)
dan setiap singa mesti bijak juga dlam membaham!
can't live without it
salam kehidupan,
cabaran & harapan. ramadhan satu peluang. diri menjadi taruhan. muliakah ia atau akan dimuliakan?.perlukah dipersiakan?.
Salam. Jangan lupa, seorang Naqib juga perlu berhikmah ; salah satu sebab mutarabbi pandang tinggi terhadap Naqib. =)
aiwah2 .. singa juga perlu berhikmah
Tarbiyah bil hadaf lebih bermakna daripada tarbiyah bil hadaf.
tarbiyah kita bil hadaf!
Betul ke? :)
anta nak kata apa sebenarnya?