2/10/2008

hayatilah...AlBanna

Tags


14 februari, tarikh yang di nanti-nantikan oleh pasangan yang sedang asyik dalam dunia cinta.Kita mengenali tarikh itu sebagai tarikh memperingati kekasih,lalu menyambutnya bersama kekasih dengan pelbagai gaya dan cara.Ada yang menyambutnya dengan memberi bunga, memberi coklat, keluar bersama kekasih ke suatu tempat yang romantik untuk di nikmati saat-saat indah bersama orang yang di sayangi,dan bermacam-macam lagi.12 februari,tarikh yang agak sukar untuk kita congak simboliknya kepada kita.Ada apa dengan 12 februari?Hari memperingati apa?12 februari tidak pernah meminta di sambut kedatangannya, dan lalui lah 12 februari seperti mana biasa.Namun 12 februari 1949, telah mencatatkan satu peristiwa penuh tragis, syahidnya Imam Hassan Al-Banna, pergi menghadap Allah untuk selama-lamanya.Dan kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna diceritakan sebagai;
Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.Mereka dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'
14 februari,di ingati sebagai hari memperingati kekasih, manakala 12 februari berlalu tampa apa-apa memori padanya.Itulah masyarakat yang sedang kita hadapi.Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kes pembuangan bayi yang cukup sifat di negeri sembilan.Ianya bukan baru.Kes yang sama jugalah yang pernah berlaku 10 tahun dahulu.Ianya kes yang berulang-ulang dan menunggu masa untuk disiarkan dalam akhbar, kemudian menjadi "gempar" sedangkan penumpuan kita tidak pun pada penyelesaiannya.Merenungi kisah perjuangan Imam Hassan Albanna, pernahkah kita bertanya, untuk apa beliau berjuang sehingga dibunuh dengan sebegitu kejam?Adakah disana terdapat komisen, wang pencen, habuan duniawi yang diperolehi beliau?Begitu jugalah kisahnya dengan perjuangan Imam-imam besar islam.Imam Bukhari merantau jauh dan disuatu masa terpaksa memakan daun-daunan kerana tiada makanan hanya kerana ingin mengumpul hadis.Apa yang imam bukhari dapat dari dunia ini dengan berusaha dengan sebegitu rupa?Dunia ini tiada apa-apa.Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman
jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk disisi Allah,maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir..Mereka bahagia dalam keyakinan.Luaran kelihatannya mereka terlalu susah dan payah,namun ketenangan itu milik mereka.Sekali lagi saya ulangi Mereka bahagia dalam keyakinan!



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

This Is The Oldest Page

1 komentar so far

fuh, first posting ni rupanya. Thorbaik.