7/03/2015

Certot : Biah Ramadhan


Ramadhan '16, sutuh Iskandariah. 


Ahmad bergegas ke tingkat atas rumah. Beg sekolahnya dicampak sahaja ke sofa. Songkoknya yang masam kerana peluh larian pulang dari sekolah juga dicampak ke sofa. Lari menaiki tangga rumah untuk memasuki bilik. Mengah pulang ke rumah tidah habis, kini tambah mengah menuju ke atas.

Ahmad terdengar suara adik dia sedang tilawah. Dan buat kali pertama, dia tidak suka mendengar bacaan tilawah adik dia. Bukan tidak sedap atau salah tajwid.. tapi ada sebab lain yang disebabkan itu juga dia terus pulang ke rumah.

Pintu bilik dibuka kasar. Ahmad bertentang mata dengan adik dia.

“kau… kau cakap nak tunggu aku” ahmad menyoal adik dalam tersekat-sekat. Masih lagi cuba mengambil nafas.

Adiknya membulatkan mata. Apa yang sudah terjadi?

“aku tanya kau, kenapa kau tak tunggu aku ngaji sama-sama?” kali ini suara nya lebih tinggi sedikit.

“kau pulak kenapa marah-marah. Siapa suruh kau balik lambat. Aku mula je la dulu. Salah kau kan”

Ahmad menapak perlahan menuju ke katil adik dia tempat mereka biasa tilawah. Pertanyaan Ahmad bukan untuk bertanya kerana dia sudah tahu jawapannya. Malah bukan tidak kenal adik dia.

“kau dah habis ke?”

“kenapa kau ni? Ada masalah ke?” Adiknya membalas sambil membelek mashaf dan menayangkan pada Ahmad. “sikit lagi, nak habis juz 29”

“surah Mudasir” getis ahmad dalam hati. Dia cuba mengawal riak mukanya dari menayangkan apa dalam hati dia. Namun jelas tanpa dikawal. Mukanya kemerahan.  

Adik dia berlalu menuju ke bawah, dan berkata “eh, aku ke bawah jap tolong mak”

Ahmad tidak membalas. Sekadar mengangguk.

Setelah adik menuruni tangga, baru dia memalingkan muka. Dalam hati dia tidak tahu apa yang membuatkan dia jadi begitu, hingga merah mukanya menahan geram.  

Tak kanlah disebabkan cemburu? Ahmad bertanya diri. “Aku yang mula-mula mengajak dia tilawah tak kanlah aku yang cemburu?”

“Aku yang mengajak dia berlumba, dan siapa yang habis awal akan mendapat hadiah… Tak kanlah aku cemburu kerana dia habis dahulu?”

Ahmad menggelengkan kepala. Sepatutnya dia gembira dengan kejayaan adik dia yang selesai khatam al-Quran kurang 20 hari Ramadhan. Bukan cemburu kerena dia terlewat. Malah, dia terlewat pun kerana faktor luar bukan kerana dia malas.

Kelas tambahan hingga selepas asar kerana UPSR makin dekat.  Kadang-kadang, malam juga ada kelas. Terpaksa Ahmad mencuri masa untuk tilawah dan selalu juga dia bangun qiam lebih awal semata untuk mengejar adik dia yang mempunyai lebih banyak masa dari dia.

Ahmad takut, kalau dia tidak kejar takut akan mengacau prestasi tilawah adik dia. Jadi biah harus dijaga. Dia harus paling kurang tidak ketinggalan jauh dari tilawah.

“Ahmad, turun sekarang!” 

Segera Ahmad ke bawah, mengingatkan beg dan songkoknya yang dibaling sahaja tadi. Tentu sekali mak dia akan mengamuk bila melihat barangnya yang bersepah. Habislah!

Ibunya memang di hujung tangga memerhati sahaja Ahmad menuruni tangga. Ahmad menelan air liur. Gulp!

“tolong pergi kedai beli santan. Mak lupa nak beli tadi. Tolong ya”

Jangkaannya meleset. Dan dia juga pelik. Sepatutnya dia sudah dibaling senduk kerana menyebabkan rumah bersepah, tetapi tidak, seolah tiada apa yang berlaku.

Menuju ke pintu rumah dia lalu ke sofa yang dia baling semuanya tadi. Dan pelik, semuanya sudah dikemas dan tidak bersepah.

“abang penat, adik dah kemas barang abang. Bulan ramadhan banyak pula kelas tambahan kan?” adik dia yang muncul dari dapur, bersahaja bertutur pada abangnya.  

“sejak bila kau faham-faham ni..”

Adik Ahmad sengih.

“nanti senang lah abang nak baca al-Quran. Abang ajak adik, jadi adik tolonglah abang. Baru lah seronok baca al-Quran” dia menyambung “10 akhir ni, kelas dah kurang kan, boleh abang pulun habis”

Ahmad keluar ke kedai membeli santan sambil berfikir apa hadiah untuk adik dia yang sudah khatam dan membantunya menghidupkan biah Ramadhan di rumah. Juga untuk diri sendiri yang berhempas pulas kelas tambahan dan tilawah walaupun tidak habis. 
 





Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

1 komentar so far

Best jln cerita...sng fahami n bwa mksd..