10/18/2008

surat kpd anda

Tags



Kehadapan 'hatiku' yg kini jauh nun di sana yg terus berjuang dalam jalan yg tersendiri. Dikepilkan juga disina idola adinda, moga tidak terlepas walaupun sedetik niat adinda dalam berjuang itu ikhlas kpdNYA. Senantiasa juga berharap agar adinda sihat-sihat selalu zahir dan ruhi adinda.

,

  Ana disini seperti biasa dlm hidup. byk hal itu dan ini perlu segera dibereskan. Maka, sesekali dalam kesibukan, iman ana sedikit berasa pincang. Namun itulah untungnya hidup persis satu keluarga, saling menunjuk arah akan satu sama lain, menasihati dan membina. Tujuan surat ini untuk menje...ah! bukan. Tujuan surat ini adalah kernaNYA. Itu pasti. La budda' perlu diingat

Matlamat surat ini bukanlah menunjukkan kemalasan ana menggunakan email atau alasan kos seperti menelefon..tapi 'surat' ada kelebihannya tersendiri. Kalau tidak, mana mungkin orang yg bercinta selalu hntr surat. tambahan, adinda juga suka tulisan bukan??. 

Sebut akan tulisan...baru-baru nih ana ada terbaca surat drpd Muhammad mehdi a'akif, mursyidul A'am ikhwan sekarng..


Memang terasa di benak hati ini kapan menyebut 'KALIAN'. beritahu ana, Siapa lagi kalau bukan kita yg mengaku Allah itu sebagai tujuan, rasul sebagai ikutan???Bahkn yg sering melontar kata-kata pengakuan dengan penuh semangat itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kita. Takut ana jika kalau-kalau begitu. Punya kekuatan utk bercakap di khalayak, tapi lemah nian apabila menyendiri dan beramal.

ingatkah adinda akan peristiwa berdarah di ambon 19 Jan 1999/1 syawal 1419???.Aduh!!! byk mengajar bkn??muslim tdk berdosa dibunuh begitu saja!sesakali terfikir akan fitnah yg melanda muslim sekarng ini..seolah2 apa2 yg dikata itu tdk mencerminkan diri mereka sendiri. Mereka juga membunuh, bahkan lebih.Bahkan lagi ketika sambutan!. Pelik juga difikirkan fitnah ke atas kita???

cukup sekadar ini. Moga ibrahnya dapat diambil drpd surat yg serba ringkas ini dan bkn hanya sebagai pengubat rindu setelah sekian tdk berjumpa. Fikir-fikirkanlah knp surat yg mudah ini diutus utk anda. Annahyu assyaddu minal amr. Bykkan beramal!


Yg dikasihi kernaNYA,


..........................


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.